Wednesday, December 29, 2010

AWAS !!!

Usus Anda Bertoksin?
*Adakah anda sering terasa letih tanpa sebab yang nyata?
*Adakah berat badan anda kian meningkat dan benjolan lemak terkumpul, terutamanya dibahagian perut?
*Adakah anda mengalami alergi kulit atau makanan ?
*Adakah anda kerap mengalami masaalah sembelit dan diarea ?
*Adakah anda kerap mengalami masaalah angin dan kesenakan?

TAHUKAH ANDA !!!
“LAMBUNGAN MANUSIA ITU TEMPATNYA SEGALA PENYAKIT, SEDANGKAN PENCEGAHAN ITU POKOK DARI SEGALA PENGUBATAN,” (HR. ad-Dailami)

“90% penyakit berpunca dari usus besar” (Dr.John Harvey Kellogg)

Lima saluran utama perkumuhan badan kita ialah usus, kulit, saluran pundi kencing , sistem limfa dan sistem pernafasan .
Apabila sistem perkumuhan badan berfungsi dengan baik dan berkesan, darah , limfa dan cecair tisu akan berkeadaan bersih di mana ini adalah keperluan badan untuk mencapai kesihatan yang optimum.
Apabila salah satu atau lebih saluran perkumuhan tidak berfungsi dengan baik maka saluran yang lain akan terpaksa bekerja lebih untuk menggantikannya .
Jika saluran tidak dapat menampung kerja berlebihan maka toksik toksik dan sisa sisa buangan akan tinggal dalam saluran usus perut dan diserap semula ke dalam saluran darah mengikut aliran darah mengalir ke seluruh badan dan meninggalkan sisa sisa toksin pada bahagian organ dan tisu yang lemah serta menyebabkan auto intoksikasi ( badan meracuni diri sendiri ) .
Dengan itu badan akan bertoksik yang menjadi dasar kepada mengidap penyakit.

Menurut kepada konsep kesihatan 90% peratus penyakit bermula dengan usus yang kotor. Toksin-toksin yang terkumpul di dalam usus biasanya melekat pada dinding usus perut dan ini akan menghindari proses pencernaan dan juga peroses penyerapan nutrien dan pemakanan kita .

Pada masa sama toksin akan mencemarkan darah kita dan ini boleh menyebabkan badan kita menghidap pelbagai penyakit seperti ketumbuhan tumor,barah, gout, anemia, sakit sendi, penyakit buah pinggang dan pelbagai penyakit lain yang mengerikan

Untuk mencegah penyakit yang disebutkan di atas pembersihan usus, pengimbangan dan suplemen merupakan langkah-langkah yang penting perlu diutamakan. Jika usus diberishkan maka proses penyembuhan pada badan akan menjadi semakin kuat dan berfungsi normal begitu juga sistem imun akan bertambah kuat.

No comments:

Post a Comment