Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Thursday, December 16, 2010

3 minutes NOW to review your health !!!

1. Berapa lama anda membuang air besar?
a) 2 kali dan ke atas setiap hari
b) Sehari sekali
c) 2 hari sekali
d) 3 hari dan ke atas sekali

2. Berapa lama yang diperlukan untuk membuang air besar?
a)1 - 2 minit
b) 3 - 10 minit
c) 10 - 20 minit
d) 20 minit dan ke atas

3. Apakah warn najis yang dibuang?
a) Kekuningan
b) Putih kekelabuan
c) Kehijauan
d) Hitam atau merah

4. Apakah bentuk - bentuk najis yang dibuang?
a) Berbentuk pisang
b) Berbentuk seperti lumpur
d) Berbentuk cecair
d) Keras

5. Apakah bau najis yang dibuang?
a) Agak tawar
b) Agak busuk
c) Busuk
d) Berbau tengik

6. Berapakah kuantiti najis yang dibuang?
a) Lebih kurang 3 - 5 ketul
b) 2 - 3 ketul
c) Seketul
d) Sedikit

7. Adakah najis yang dibuang terapung atau tenggelam ke dalam air?
a) Terapung dan tenggelam
b) Terapung di atas permukaan air
c) Tenggelam di dalam air
d) Bercampur dengan air

8. Berapa kali yang diperlukan untuk membersihkan dubur selepas membuang air besar?
a) Sekali
b) 2 kali
c) lebih 3 - 4 kali
d) 5 kali dan ke atas

Penilaiannya:(a) 5 (b) 3 (c) 1 (d) 0

KEPUTUSAN YANG MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA !

0-8
Usus anda adalah teruk dan anda sudah sakit sebenarnya! Anda perlu membersihkan usus anda dengan segera!

9-24
Usus anda tercemar. Anda dinasihatkan supaya membersihkan najis yang tertinggal dalam usus anda.

25-34
Usus anda mula tercemar. Anda boleh jatuh sakit!

35-40
Syabas!Usus anda sihat dan tidak tercemar.Namun anda dinasihatkan mengekalkan usus yang bersih untuk melanjutkan usia anda.

Bagaimana usus yang bertoksin menjejaskan kesihatan kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan.

Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri.

Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Cara menghapuskan toksin dalam badan

- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar)

- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.

- Sentiasa bersenaman bagi mengeluarkan peluh asid

- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya

- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

1 comment: