Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Saturday, March 5, 2011

SOAL JAWAB HERBA MAHARANI


SOALAN 1
Hai

Hampir setahun saya berkahwin namun saya masih belum dikurniakan cahaya mata. adakah produk te zhi bai feng wan ( Herba Maharani )sesuai untuk saya hamil kerana saya dapati kandungan produk tersebut mengandungi bahan-bahan herba yang boleh memanaskan badan.

Balasan kami:
Hai ...

Te zhi bai feng wan atau Herba Maharani mengandungi ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.
Herba Maharani juga membantu usaha mengelakkan kemandulan, membantu menyelesaikan masalah sakit pinggang, menghilangkan keletihan dan sebagainya.
Cara pengambilan Herba Maharani :
Mula mengambil pada hari ke-6 period, 1 atau 2 biji bola kuning (= 50 pil hitam kecil) sehari & berterusan selama 6 hari.
Hentikan sementara waktu dan sambung semula dengan cara pengambilan yang sama selepas period yang seterusnya pada bulan depan.(Herba Maharani tidak dimakan ketika haid)
Peringatan :Jika rasa ‘panas badan’ (’heaty’) atau kerongkong terasa kering selepas mula makan.
Anda boleh:
1. Mengurangkan pengambilan menjadi satu/ separuh biji bola kuning (=25 pil hitam yang kecil)2. Elakkan makanan bersifat sejuk seperti buah tembikai dan salad sewaktu mengambil Maharani.
Diharap jawapan di atas dapat membantu anda.

SOALAN 2

Saya baru lepas melahirkan anak. Sepupu saya mengesyorkan supaya saya mengambil Te Zhi Bai Feng Wan. Katanya pil ini amat bagus untuk perempuan yang baru lepas melahirkan anak. Bolehkah anda menerangkan khasiatnya untuk saya? Bagaimanakah cara pemakanannya? Adakah ianya juga sesuai untuk perempuan yang menopous dan sakit lutut? Bagaimanakah pula cara pemakanannya?

Balasan kami:
Te Zhi Bai Feng Wan kaya dengan “Wuji”, Cornu Cervus Nippon serta pelbagai jenis herba cina yang bernilai yang dapat memperkukuhkan kesihatan, melancarkan peredaran darah dan menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur.

Cara mengambilnya adalah 1 biji bola setiap hari pada masa yang tetap, misalnya, anda boleh tetapkan setiap pagi sebaik sahaja bangun untuk ambil pil maharani (te zhi bai feng wan).
Untuk wanita yang mengalami putus haid dan sakit lutut, anda disyorkan untuk mengambil KACIMAH capsule 2 kali sehari, 1-2 biji setiap kali dengan air suam.
Sebarang pertanyaan anda amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.
SOALAN 3

Saya berumur 25 tahun dan akan berkahwin pada bulan Mac 2011. saya mula mengambil pil maharani 2 minggu lepas (9 jan 2011) iaitu pada hari permulaan hanya sebiji sehari, kemudian mulai hari ke 3 sehingga ke hari ini saya telah mengambil 10 biji sehari. saya ingin tahu adakah pengambilan pil maharani akan memberi sebarang kesan sampingan? bagaimana cara sebenar mengambil pil tersebut? betulkah 2xsehari, sekali makan 25 biji?total:50 biji sehari.

Balasan kami:
Hai ,
Cara pengambilan pil Maharani yang standard ialah 1-2 biji bola setiap hari. Diambil selepas kedatangan haid selama 6 hari berterusan. (Pastikan selepas kebersihan haid). Hentikan sementara selepas 6 hari dan sambung semula selepas kedatangan haid yang seterusnya pada bulan depan.
Antara fungsi-fungsi Herba Maharani adalah:
1) Melancarkan peredaran darah.
2) Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid.
3) Melegakan masalah wanita seperti kedatangan haid yang tidak tetap, sakit haid, masalah keputihan dan mengaktifkan hormon tubuh.
4) Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan


Kesan terasa panas badan atau kerongkong terasa kering mungkin terjadi selepas mula makan Maharani. Anda boleh kurangkan pengambilan menjadi separuh biji bola.
Semasa pengambilan Maharani, elakkan makan makanan sejuk dan pedas.
Harap jawapan di atas membantu anda.
























No comments:

Post a Comment